Monday, December 14, 2009

Andainya perempuan tahu ....ttg lelaki...

Andainya perempuan tahu ....

Lelaki jg boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bhs dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samaada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakian untuk menambat hati wanita,
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita...sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton baywatch! atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar bersama kali pertama.
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila cakap..."Erm...tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki ckp direct to the point dlm sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate' datangnya dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini....
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap 'flirting' dgn ramai wanita... dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yg lain hanya kawan..
Bila seseuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki jg rasa bersedih... cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan org.
Adalah memalukan bg lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi.
Sebab itu air mata dikatakan senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki.. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan...

"Tak semua insan di dunia ini sempurna...."




No comments:

Post a Comment