Monday, December 14, 2009

Andainya perempuan tahu ....ttg lelaki...

Andainya perempuan tahu ....

Lelaki jg boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bhs dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samaada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakian untuk menambat hati wanita,
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita...sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton baywatch! atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar bersama kali pertama.
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila cakap..."Erm...tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki ckp direct to the point dlm sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate' datangnya dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini....
Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap 'flirting' dgn ramai wanita... dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yg lain hanya kawan..
Bila seseuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki jg rasa bersedih... cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan org.
Adalah memalukan bg lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi.
Sebab itu air mata dikatakan senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walaubagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki.. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan...

"Tak semua insan di dunia ini sempurna...."




Sayangnya ALLAH pd kita

Sekadar renungan buat teman2 ku.....
Betapa sygnya Allah pd kita sehingga di dlm Al-quran diselitkan dgn motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dlm menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian ABADI.

KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelun mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG DIIDAM_IDAMKAN?
"Boleh jd kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
-surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST ?
"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman."
-surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
"Wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara2 yg berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
-surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk"
-surah Al Baqarah ayat 45


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka..."
surah At- Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!
"....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaun yg kafir."
-surah Yusuf ayat 12

sama-samalah kita muhasabah diri....dan bersama-samalah kita berusaha menggapai rahmat-illahi... InsyaAllah.

"Ya Allah..jgnlah Engkau jadikan dunia ini kerungsingan kami yg besar...jadikanlah akhirat kerinduan kami..."