Saturday, November 14, 2009

Dugaan....

Biar setinggi mana ombak dugaan melanda,
Biar seganas mana badai masalah menghempas,
Tanamkanlah sauh ketetapan hati,
agar kapal tak berganjak haluan...
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja,
tanpa mencalarkan walau sedikit punbadan si kapal
yang telah tetap
haluannya...............

Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan macam2 lagi... semua ini wujud kerana sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita.

Apabila didatangi ujian yang menimpa diri setiap daripada kita, maka ada yang mengeluh kesah, kecewa malah ada juga yang sanggup menyalahkan takdir, Sekiranya tidak didatangi pelbagai ujian dalam kehidupan kita, mungkin kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Setiap yang berlaku terhadap diri kita hadapilah dengan penuh rasa syukur kerana itu adalah satu ANUGERAH DARIPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG.



No comments:

Post a Comment